Friday, October 24, 2008

Sepetang Jumaat

i
Orang menari kau mahu menari
Orang mahu pusing dunia
kau pun mahu ikut sama
Lelahnya bahu sendiri yang mengendong
Penatnya badan sendiri yang menanggung


ii
Ikut kata dia
Aku mahu cuba
hidup baru penuh gaya
nikmati masa muda
Pada hal kau baru nak kenal dunia
Baru sedikit terbuka mata
sudah terpesona?


iii
Susur yang benar landasannya
terbuka luas sentiasa ada
silaunya dek matamu
mengejar keasyikan palsu
akhirnya tinggal debu...


p/s: teringat pula pada sebuah coretan
Orang yang selalu ditipu adalah orang yang menyangka mati itu hanya akan datang bila usia menjelang tua...

No comments: