Saturday, July 3, 2010

Rindu Arjuna!

Sepanjang malam
dia menangis dalam kesalnya
Sepanjang malam
Dia menangis dalam rindunya
Yang lama telah tercampak jauh
Dari jalan ketenangan

Maka dalam sebening saat
Dan kasih dari Arjunanya
Dia bangun dari tidur yang panjang
Membasuh muka tangan ubun dan kaki
Menyuci kotor hitam sebuah hati
Menghampar sujud pada Yang Satu
Menghimpun doa dan kesal beribu
Membutir bicara rindu
Untuk Kekasih yang tak pernah lupa
Tapi sering dilupakan

Betapa dia rasa
Kerdilnya sebuah jiwa
Betapa dia rasa
Kasihnya Yang Maha Esa

Sekujur jasad
Dalam rindunya pada Arjuna
Di hatinya masih terbuku rasa
Bagaimana mahu berdepan
Sedang janji sudahpun dimungkiri
Yang selepas ini pun masih tak pasti
Hanya mengharap bimbingan Illahi.

~1:6~

Wednesday, May 5, 2010

Warna hati kita

Merah, putih atau hitamkah?
siapa bisa lihat
dengan kasat mata
rahsia pun belum tentu tercermin
pada gerak tontonan

Mahu tanya tangan mana lagi?
mahu soal lidah mana lagi?
mahu bertekak langkah mana lagi?
sedang inilah
yang menjadi berus-berus halus
mengadun campuran dengan rapi
berpandu yang dua
akal dan nafsu
merona jernih biru
atau kelabu berdebu

Sejenak wahai sahabat
nilaikan kembali
warna hati kita.

~bumbung ilmu,mmmc~

p/s: lama sudah kid tak menulis puisi2 yang begini. Mari kawan2 kita muhasabah diri!