Wednesday, September 17, 2008

Pesan bonda
ukur baju di badan sendiri
Jangan nak berangan-angan tinggi...
Nasehat ini akan ku ingat sampai bila-bila...

Saturday, September 13, 2008

cuti, Ramadhan dan aku...

Cuti dan aku menyambut ramadhan di Malaysia. Separuh Ramadhan sahaja dan ini bermaksud Syawalnya aku sudah kembali di India meneruskan perjuanganku. Pulang kali ini banyak yang telah berubah. Along , naim keluarga,Negara. Serba serbi berubah terutama pemikiran. Dan kalau diikutkan akulah yang paling takut sekali nak menghadapi perubahan ni. aku masih lagi nak menganyam mimpi-mimpi palsu. Bile dah jadi macam ni barulah terfikir di kepala otak aku ni macam mana aku nak siapkan persediaan menghadapi perubahan-perubahan dalam hidup aku ni. Seminggu sahaja lagi dan aku akan kembali ke India. Setahun lagi aku akan pulang ke Melaka menyambung pelajaran. Dan aku berharap sangat aku dapat berubah. Biarlah Ramadhan ini menjadi titik permulaan yang baik dalam hidup aku ke arah yang lebih baik. Rindu pula aku pada kak fatimah walaupun kami tak pernah bertentang mata, walaupun tentangnya aku hanya mendengar dari bonda. Siti Fatimah. arwah kakakku. Walaupun telah kembali ke rahmatullah, aku tetap cemburu padanya kerana dia telah menjadi pilihan ALLAH terselamat dari dugaan dunia. Tapi mungkin aku juga dulu yang berdoa kepada ALLAh diminta untuk turun ke dunia dan bila sudah hidup takut pula untuk menghadapi mati kerana aku tahu dosaku sudah bertimbun dan mungkin melangit. seringkali aku tertanya-tanya bagaimanakah rupanya kakakku yang satu itu jika dia masih hidup. Ah, kakak andai kau bisa tahu perasaanku. Hari ini seperti tahun2 sebelumnya aku melawat pusaramu lagi.Menyedekahkan Alfatihah untukmu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 mukmin.Al-fatihah.