Wednesday, February 29, 2012

yes! people change.

Bismillahirrahmanirrahim...
Yup! how shud i say this? Yes people do change! In fact people always change. everyday everytime...Its either u notice it or not. u care to notice it or not... Its sound like an irony when someone u think u know change like total 180 degree. When its affect u and your life u feel like totally sad but that's the fact! Manusia berubah. Ada yang berubah kerana situasi, ada yang berubah kerana keadaan ada yang berubah kerana mahukan sesuatu yang lebih baik ada yang berubah sebab terlalu lalai dan leka. Seribu satu sebab untuk manusia berubah. Hakikatnya manusia adalah makhluk. Makhluk yang tidak tetap. Makhluk yang berubah-ubah. Bila hidup yang ada adalah menuju mati maka kalau perubahan yang hadir adalah untuk membaiki diri bukankah itu lebih baik? Bila hidup yang ada adalah bekalan untuk mati maka kalau perubahan yang hadir adalah kerana Allah bukankah itu lebih indah. Jadi janganlah bersedih atau marah dengan keadaan manusia yang berubah-ubah. Ambil lah iktibar dari apa yang terjadi. Ambil iktibar dari keadaan manusia yang berubah-ubah itu supaya kita sedar yang kita hanyalah hamba. Ubahlah diri kita supaya sentiasa lebih baik dari hari-hari sebelum yang pernah kita tempuh.

Seperti pepatah arab yang berbunyi,
"Beruntunglah orang yang hari ini lebih baik dari semalam, rugilah orang yang sama keadaannya hari ini dengan semalam dan celaka lah orang yang hari ini lebih teruk dari semalam."

Walaupun kadangkala akibat marah dan kekecewaan kita seperti tersangkar dalam masa yang lepas, berusahalah untuk keluar dan bebas daripadanya. Berubahlah untuk kebaikan dan ke arah kebaikan. Yakin that Allah will guide us to the best position and place, InsyaAllah.

"Sesungguhnya kami tunjukkan jalan kepada mereka(manusia), ada yang bersyukur dan ada yang kufur" al-insaan:3

Wallahua'lam

Friday, February 17, 2012

Kita golongan mana?

Bismillahirrahmanirrahim.
just wanna share something. Semalam sedang melewati surah Al-waqiah tiba-tiba sampai kepada ayat yang ketujuh yang bermaksud:

"Dan kamu akan dibahagikan kepada tiga golongan."

Alhamdulillah saya diingatkan Allah akan 3 golongan di hari akhirat kelak yakni golongan kanan. golongan kiri dan orang yang didahulukan. Allah menyambung ayat ini dengan menceritakan keadaan orang yang didahulukan, betapa untungnya mereka dikurniakan nikmat syurga atas apa yang mereka kerjakan. Dan Allah menceritakan tentang golongan kanan yang akan berada dalam kenikmatan kerana menurut perintah Allah. Serta golongan kiri yang dikhabarkan akan mendapat seksa yang amat dasyat.

Sejenak dalam hidup kita di dunia pernahkah kita terfikir golongan manakah kita akan berada kelak? golongan manakah yang kita mahu jadi dan adakah sudah cukup usaha kita ke arah itu? sudah panjangkah doa kita memohon supaya menjadi golongan terdahulu atau golongan kanan? Semoga peringatan ini bukanlah untuk saya semata-mata, insyaAllah peringatan ini adalah untuk sahabat-sahabat serta saudara-saudari di luar sana, Wallahu a'lam.

Tuesday, May 17, 2011

Perasaan

Ianya seperti sejalur cahaya
yang singgah ke dalam mata
tak menyilau dan tak suram
menerang pagi hari

Lalu seperti angin laut
yang menyapa
datang melembutkan hati
mengingatkan kembali
syukurku
sebagai hambaMU

~kid, menjejak cintaNya~

Thursday, February 24, 2011

Kisah malam itu.

Bulan yang disebut
bintang yang dirindu
gelap yang menipu
subuh yang menunggu

mata terpaku tersesat meluru
cinta Tuhan moga bertamu

Sunday, February 20, 2011

sayang tak terucap

Saban malam
adalah rahsia
dari ribuan mimpi yang terpamir
mengundang tanya

Saban waktu
adalah setia
dari titipan doa yang terukir
buat cinta

kerana kau
adalah sayang yang tak terucap
dengan kata

~kid,satu malam~

Friday, February 18, 2011

seperti kapas dan malam.

Seperti kapas itu
aku mahu lembut kembali

Seperti kapas itu
aku mahu putih kembali

Seperti kapas itu
aku mahu ringan kembali

malam
biar dalam pekat likat dan hitam
aku mencari
kapas lembut putih yang ringan
menuju telus tulus ke sebuah hati
yang jauh di satu sudut rindu.

Saturday, July 3, 2010

Rindu Arjuna!

Sepanjang malam
dia menangis dalam kesalnya
Sepanjang malam
Dia menangis dalam rindunya
Yang lama telah tercampak jauh
Dari jalan ketenangan

Maka dalam sebening saat
Dan kasih dari Arjunanya
Dia bangun dari tidur yang panjang
Membasuh muka tangan ubun dan kaki
Menyuci kotor hitam sebuah hati
Menghampar sujud pada Yang Satu
Menghimpun doa dan kesal beribu
Membutir bicara rindu
Untuk Kekasih yang tak pernah lupa
Tapi sering dilupakan

Betapa dia rasa
Kerdilnya sebuah jiwa
Betapa dia rasa
Kasihnya Yang Maha Esa

Sekujur jasad
Dalam rindunya pada Arjuna
Di hatinya masih terbuku rasa
Bagaimana mahu berdepan
Sedang janji sudahpun dimungkiri
Yang selepas ini pun masih tak pasti
Hanya mengharap bimbingan Illahi.

~1:6~