Monday, December 29, 2008

Senafas dalam Muharram

Senafas
Dalam menghirup udara Muharram
Mengorak langkah baru
Di perjalanan berliku

Puisi ini mungkin tinggal puisi
Yang terjadi telah pun terjadi
12 purnama silih berganti
memorinya masih berbaki
Hari esok masih perlu diisi

Bukan lagi dengan cerita-cerita basi
Bukan lagi mengulang tragedi
iktibarkan pada yang bernama sendiri
Kerna kita perlu sering memperbaiki
Perlu sering muhasabah diri

Syukurlah
Pada senafas ini
Pada kesempatan yang diberi
kerna nanti
belum tahu bila nadi terhenti.

Saturday, December 27, 2008

Saat genting kita

Kesusahan
kegentingan
dan kepayahan
adalah dalam masa
yang sedang kita titikan

Yang tersimpul itu
belum kuat aku leraikan
Yang kusut itu
belum tegar aku uraikan
buntu dan buntu
Ketidaktahuan

bisu antara kita
benar merungsingkan
Sepi
Yang kedengaran cuma
deru angin bertiupan
mahunya damai seperti dulu
Waktu tiada terluka itu

Ya Allah
ampunkan dosa-dosa kami
Ya Allah
Lembutkan hati-hati kami
Ya Allah
sembuhkan luka-luka kami
dan pautkan jiwa-jiwa kami
kembali.

Friday, December 19, 2008

...

Terus-terusan menyala
kutiup baranya ada
sikit-sikit sakit
lama makan diri

kayu reput rapuh urat
tak mahu menjadikan itu aku
Rentung dek api yang menjilat
hangus sedang waktu menepu

satu suara berbunyi
padamkan!padamkan!
dengan hujan tangisan
kembali pada Ar-Rahman
Kerna Dia lebih mengerti
Lebih Mengetahui.

Sunday, December 14, 2008

kegembiraan...

Bukan mesti diurung dengan senyuman
Walau indah meninggi
sampai mahu terbang keawan
Atau melayang rendah
bersantai di atas dahan
Kerna itu adalah sebuah kurniaan

Setiap dari kita
yang mengimpikannya sentiasa
mahu menikmati
Saat ingin pejamkan mata
Tak ada gusar yang menimpa
Sebuah bahagia

Tanamkan syukur
Atas kegembiraan ini
Atas rasa beroleh sayap baru
Kerna tiap-tiap yang berharga
Adalah untuk dihayati

Tuesday, December 9, 2008

memori petang selasa

Di meja itu kita bicarakan
tentang itu ini
saat yang mahu kita lewati
suatu ketika nanti

Sedang masa telah pun menjurang
kita dengan kehidupan sendiri
perjumpaan ini
mengumpul sedikit yang kian tertinggal
memenuh sebuah janji

Dan simpang jalan
tak munkin lagi sama
untuk kita melangkah
menghadapi
yang bakal terpisah

ini adalah memori
tentang kita
suara bertiga
dalam petang selasa.

SaKiT RuMaH

Suka sangat menyerang
bila aku seorang
lewat ini
makin kerap ia datang

Rasanya macam dah kritikal
sampai boleh effect kat fizikal
tapi parah lagi emosi dan mental

Aku dah sasau semacam
tak tahu
mahu duduk di rumah,di library
atau tutup katup mata atas tilam

tak mahu fikir lagi!!

~permata biru~
Jauh dari rumah

Monday, December 8, 2008

Demi pengorbanan

Demi keyakinan
bilah pisau pun
sanggup memakan
leher anakmu

Demi kasih Tuhan
Segunung sayang pun
bisa diruntuhkan
dek akur pada tuntutan

Demi pengorbanan
Nyawa berharga pun
menjadi taruhan
ujian kehidupan...

~permata biru~
malam 10 Zulhijjah

Sunday, December 7, 2008

bola

(dapat idea masa muiz tgh jaringkan gol. masa tu ada feel macam nak menang jer!!huhu)

lima petang
ramai orang
turun padang

yang ditepi riang bersorak
yang bermain penuh lagak
Tapi semua mata tertumpu
kesini kesitu
bola berputar laju

bila senja mula datang
dan malam pun menukar siang
si kalah pulang kehampaan
juara dan penyokong senyum kegembiraan

Dan petang sabtu pun ditelan waktu
Hari esok masih menunggu
perlawanan baru.

~padang end point~

Saturday, December 6, 2008

RINDU

menusuk-nusuk
mahu tembus bagai
sebuah hati yang ditikam
bilah rindu tajam

Darah mengalir pun
tak bisa menjadi tinta
lukisan derita
sarat sekian lama

moga ada dendam terhapus
merawat tikaman terhunus
dari waktu yang terhembus pergi.


~kerinduan~

Monday, December 1, 2008

Kenangan...

Campakkan saja sisanya ke hujung dunia
Bisik suatu suara
biar hilang ditelan ombak
dimamah bumi
atau ditiup angin
menjadi debu halus tak terlihat lagi

Ah! cerita takkan berakhir
walaupun terbuang satu nyawa
mahupun beribu
walau terbalas segala dendam di dada
atau tersingkap apa yang terbuku
sampai bila jasad terkaku
masih ada sesuatu yang menunggu
malah lebih hebat
dari yang telah lalu

Jangan pernah padamkan apa yang tercatat
kerna hidup sempurna bisa menjadi cacat
tanpanya...

Wednesday, November 26, 2008

lagi?

Kekaguman lagi?
Pada susunan bicaramu
Dalam senyap aku berharap
Sebuah takdir yang menemukan
aku dan empunya cerita...

Thursday, November 20, 2008

epilog persahabatan

Langit yang indah
awan yang damai
kabus pun hilang

menyapa salam
dari waktu yang tercuri
musim persahabatan
tiba lagi

lagu penyenang hati sedang berkumandang
dan cerita esok pun bakal dikenang...

~permata biru~
ruang tamu darul iman.

Tuesday, November 11, 2008

tak tahu

bait-baitmu
menyengat rakus
namun tiada yang tertertulis
buat menyambung
mahupun melindung...

Sunday, November 9, 2008

merenung langit

langit telah mengajarku
warnanya yang bukan selalu biru
kuning mungkin
dalam merah mambang senja
kitalah yang perlu tahu menilainya
kerna kurnia AKAL dari DIA

Sunday, November 2, 2008

kemaafan untuk teman...

Dan dia memelukku
memelukku penuh bermakna
bukankah saat ini yang ditunggu
dan permintaannya sungguh berharga

sebenarnya ada ikatan antara kita
ada ukhwah masih bersisa
ada rindu masih berbunga
ada luka ditawar masa

siapalah aku untuk menyimpan dendam
sedang cinta itu lebih dalam
siapalah aku untuk tidak memberi
sedang kasih telah terpateri

maka tika dan saat ini
hati telah menyimpulkan kata putus
akan kuberikan kemaafan
kerna kau tetap seorang teman...

Saturday, November 1, 2008

Lepaskan...

Lepaskan jiwa
Sayap indah bisa mengerbang
melayang dalam pekat malam
sepekat hatimu
yang takkan mahu hidup
berbekas bayang kelmarin
kali ini
yakin dan pasti
jangan sampai tertoleh kembali...

Friday, October 24, 2008

Sepetang Jumaat

i
Orang menari kau mahu menari
Orang mahu pusing dunia
kau pun mahu ikut sama
Lelahnya bahu sendiri yang mengendong
Penatnya badan sendiri yang menanggung


ii
Ikut kata dia
Aku mahu cuba
hidup baru penuh gaya
nikmati masa muda
Pada hal kau baru nak kenal dunia
Baru sedikit terbuka mata
sudah terpesona?


iii
Susur yang benar landasannya
terbuka luas sentiasa ada
silaunya dek matamu
mengejar keasyikan palsu
akhirnya tinggal debu...


p/s: teringat pula pada sebuah coretan
Orang yang selalu ditipu adalah orang yang menyangka mati itu hanya akan datang bila usia menjelang tua...

Monday, October 20, 2008

kau

kau tahu
saat ini aku benci benar melihatmu
walaupun hanya pada sebingkai gambar...

Friday, October 17, 2008

Monolog Iman

Merenung
Pada lesu wajahmu,
Ada gusar menampar,
Pipi putih merelus
Sehingga riak tenang tak ternampak.

Bila mana kau tahu punca,
Kocak air di kolam bernyawa,
Mengapa tak berjaga-jaga?
Sebelum gelombang tsunami melanda.

Ah, memang rawan!
Khilaf ini makin memakan tuan,
Makin rosak badan,
Dan parahnya saat rohani tak di beri makan.

Maka kembalilah
Sebuah akal patutnya tahu merancang,
Menghadap liku perjalanan.
Segumpal hati patutnya tahu memegang,
Janji semalam dengan Tuhan.

~permata biru~
`10.54, kaca jendela'

Saturday, October 11, 2008

Menunggu cahaya


Sebilah warnamu
merentas singgah pancaindera
Dan deru bayu ini
sampai ke tulang terasa
Hampa
wajahmu yang kucari
masih di balik bangunan sana

Lebar sayapmu
Yang kau kibar pada maya bumi
teranglah seisi alam ini
terciptamu
sebagai nadi siang hari

Menunggu hadirmu
Dari dataran setinggi ini
Banyak yang singgah di hati
membenam ke fikiran
kita sebenarnya sama
dari ciptaan yang MAHA ESA.

~kid~
~rooftop mp park, 11 syawal 1429~

Monday, October 6, 2008

...

Aku yang terlalu mencari

lalu sesat dalam bayang sendiri...

~ kid~

~ 6 syawal1429~

Thursday, October 2, 2008

SyAwAL...

Satu Syawal
21 Tahun
Tanah rantau
terlalu banyak coretan rasa
yang bakal kuimbau
satu masa

Satu syawal
Yang jauh rasa rindu
Yang dekat mesra selalu
biar waktu kian berlalu
keringat tak lekang dari kalbu

Satu syawal
Tiap hadirnya membawa makna
perginya meninggal kesan warna
terbias dalam jiwa-jiwa manusia
seperti kau aku dia dan mereka
seperti kita...

~kid~
~ depan shiro~

Wednesday, September 17, 2008

Pesan bonda
ukur baju di badan sendiri
Jangan nak berangan-angan tinggi...
Nasehat ini akan ku ingat sampai bila-bila...

Saturday, September 13, 2008

cuti, Ramadhan dan aku...

Cuti dan aku menyambut ramadhan di Malaysia. Separuh Ramadhan sahaja dan ini bermaksud Syawalnya aku sudah kembali di India meneruskan perjuanganku. Pulang kali ini banyak yang telah berubah. Along , naim keluarga,Negara. Serba serbi berubah terutama pemikiran. Dan kalau diikutkan akulah yang paling takut sekali nak menghadapi perubahan ni. aku masih lagi nak menganyam mimpi-mimpi palsu. Bile dah jadi macam ni barulah terfikir di kepala otak aku ni macam mana aku nak siapkan persediaan menghadapi perubahan-perubahan dalam hidup aku ni. Seminggu sahaja lagi dan aku akan kembali ke India. Setahun lagi aku akan pulang ke Melaka menyambung pelajaran. Dan aku berharap sangat aku dapat berubah. Biarlah Ramadhan ini menjadi titik permulaan yang baik dalam hidup aku ke arah yang lebih baik. Rindu pula aku pada kak fatimah walaupun kami tak pernah bertentang mata, walaupun tentangnya aku hanya mendengar dari bonda. Siti Fatimah. arwah kakakku. Walaupun telah kembali ke rahmatullah, aku tetap cemburu padanya kerana dia telah menjadi pilihan ALLAH terselamat dari dugaan dunia. Tapi mungkin aku juga dulu yang berdoa kepada ALLAh diminta untuk turun ke dunia dan bila sudah hidup takut pula untuk menghadapi mati kerana aku tahu dosaku sudah bertimbun dan mungkin melangit. seringkali aku tertanya-tanya bagaimanakah rupanya kakakku yang satu itu jika dia masih hidup. Ah, kakak andai kau bisa tahu perasaanku. Hari ini seperti tahun2 sebelumnya aku melawat pusaramu lagi.Menyedekahkan Alfatihah untukmu. Semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 mukmin.Al-fatihah.

Sunday, August 3, 2008

mawar kuning

Harum mawar itu
Mahu benar kuutus buatmu
Tapi entah mengapa
Hatiku seperti berbicara
Untukmu bukanlah warna kuning jingga
kerna dalam dada ini
ada semerah rasa
yang aku takut untuk mengerti...

~permata biru~
friendship day, mp park.

Friday, July 11, 2008

KeMBaRa...

Terlalu banyak yang terjadi akhir-akhir ini... Terlalu banyak untuk diceritakan tapi entahlah. mungkin blog kali ini semacam medium untuk aku melepaskan keluhan. Pun siapalah aku untuk mengeluh. Bukan kah aku sepatutnya bersyukur dengan apa yang Tuhan kurniakan.. Hidup ini kan bagaikan sebuah kembara. memang banayak dugaan cabaran dan aku sepatutnya berterima kasih kepada Tuhan . kalau dia tidak menjadikan pahit getir manakan aku rasakan manis sebuah kesenangan. Cuma kadang-kala manusia cepat mengaduh, cepat berputus asa. Dan aku adalah salah seorang manusia itu. Aku tidak lari dari rasa penat. Tak mengapa. bukan kah selalunya ada hikmah disebalik kejadian. Teruskanlah. Teruskanlah kembara hidupmu. Jika tak jumpa di persinggahan ini, banyak lagi persinggahan yang menanti. cuma ingat siapkan bekalan kerna satu saat perjalanan akan terhenti juga, bukankah begitu?

Wednesday, June 11, 2008

SETAHUN...

Dah setahun dah berlalu... pjam celik-pejam celik dah sambut birthday nina yang ke 21. ngeee. satahun lebih dah kenal. may ALLAH bless u always my fren.