Telah kita padamkan ceritera lapuk
Antara hujan yang makin sidang di tengah hari
Lalu secalit pelangi singgah ke dasar anak mata
Maka mengapa mahu kau buang jauh
Dari pandangan kecil anak matamu
Lalu kau membiar mendung juga yang mengisi
lapang hati
Telah kita tinggalkan kenangan kusam
Warnanya kita luntur dengan air dari Teluk benggala
Lalu terbentang lukisan baru atas pertiwi
Maka mengapa mahu kau lakarkan kisah lama
Dengan tona warna yang masih tinggal berbaki
Dari laci keringat
Sayang,
Simpanlah baki cerita dari dunia semalam
Atas buku sejarah menyalut iktibar
Andai tanganmu tak mampu menyeka air mata
Kali ini biar aku yang membalut lukanya
Menghimpun seluruh jiwa
Untuk kau bangun semula.
~permata biru, kamar 303~