Friday, October 24, 2008

Sepetang Jumaat

i
Orang menari kau mahu menari
Orang mahu pusing dunia
kau pun mahu ikut sama
Lelahnya bahu sendiri yang mengendong
Penatnya badan sendiri yang menanggung


ii
Ikut kata dia
Aku mahu cuba
hidup baru penuh gaya
nikmati masa muda
Pada hal kau baru nak kenal dunia
Baru sedikit terbuka mata
sudah terpesona?


iii
Susur yang benar landasannya
terbuka luas sentiasa ada
silaunya dek matamu
mengejar keasyikan palsu
akhirnya tinggal debu...


p/s: teringat pula pada sebuah coretan
Orang yang selalu ditipu adalah orang yang menyangka mati itu hanya akan datang bila usia menjelang tua...

Monday, October 20, 2008

kau

kau tahu
saat ini aku benci benar melihatmu
walaupun hanya pada sebingkai gambar...

Friday, October 17, 2008

Monolog Iman

Merenung
Pada lesu wajahmu,
Ada gusar menampar,
Pipi putih merelus
Sehingga riak tenang tak ternampak.

Bila mana kau tahu punca,
Kocak air di kolam bernyawa,
Mengapa tak berjaga-jaga?
Sebelum gelombang tsunami melanda.

Ah, memang rawan!
Khilaf ini makin memakan tuan,
Makin rosak badan,
Dan parahnya saat rohani tak di beri makan.

Maka kembalilah
Sebuah akal patutnya tahu merancang,
Menghadap liku perjalanan.
Segumpal hati patutnya tahu memegang,
Janji semalam dengan Tuhan.

~permata biru~
`10.54, kaca jendela'

Saturday, October 11, 2008

Menunggu cahaya


Sebilah warnamu
merentas singgah pancaindera
Dan deru bayu ini
sampai ke tulang terasa
Hampa
wajahmu yang kucari
masih di balik bangunan sana

Lebar sayapmu
Yang kau kibar pada maya bumi
teranglah seisi alam ini
terciptamu
sebagai nadi siang hari

Menunggu hadirmu
Dari dataran setinggi ini
Banyak yang singgah di hati
membenam ke fikiran
kita sebenarnya sama
dari ciptaan yang MAHA ESA.

~kid~
~rooftop mp park, 11 syawal 1429~

Monday, October 6, 2008

...

Aku yang terlalu mencari

lalu sesat dalam bayang sendiri...

~ kid~

~ 6 syawal1429~

Thursday, October 2, 2008

SyAwAL...

Satu Syawal
21 Tahun
Tanah rantau
terlalu banyak coretan rasa
yang bakal kuimbau
satu masa

Satu syawal
Yang jauh rasa rindu
Yang dekat mesra selalu
biar waktu kian berlalu
keringat tak lekang dari kalbu

Satu syawal
Tiap hadirnya membawa makna
perginya meninggal kesan warna
terbias dalam jiwa-jiwa manusia
seperti kau aku dia dan mereka
seperti kita...

~kid~
~ depan shiro~