Friday, January 2, 2009

Monolog pagi ini...

Merenung alam
Dalam percaturan terkalam
Cahaya pagi dan suara burung bernyanyi

Sejenak
melihat diri
Melihat dalam-dalam
cermin peribadi
Antara cahaya pagi dan burung bernyanyi itu
Bukan sengaja
Dia meletak aku di daerah ini

Pernah kudengar
Dalam perhitungan hebat juga
Hidup jangan berpandukan falsafah manusia
Tapi manusia itu pelupa
Jadi mendengarnya bukan beerti aku mengikutnya
Kerna baik itu adalah untaian nasihat
Dari yang saling mengingat
Bukan mahu jadi sekujur tubuh
yang ada telinga tapi pekak
Ada hati tapi bongkak

Pagi ini
Dalam cahaya menelusuri
Nilaikan kembali
Siapa sebenar diri.

~permata biru~ kaca jendela

"Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran"

(Al-A'sr:1-3)

2 comments:

amarladin said...

kat umah aku burung bekicau smpi tgh malam. kaco jer org tido. =)

~permata biru~ said...

Haha! Tu sebabnya nak suh ko study. bangun2 jangan tido. gi study=)