Sunday, December 14, 2008

kegembiraan...

Bukan mesti diurung dengan senyuman
Walau indah meninggi
sampai mahu terbang keawan
Atau melayang rendah
bersantai di atas dahan
Kerna itu adalah sebuah kurniaan

Setiap dari kita
yang mengimpikannya sentiasa
mahu menikmati
Saat ingin pejamkan mata
Tak ada gusar yang menimpa
Sebuah bahagia

Tanamkan syukur
Atas kegembiraan ini
Atas rasa beroleh sayap baru
Kerna tiap-tiap yang berharga
Adalah untuk dihayati

No comments: